Sunday 14 December 2014

ESEI KUMPULAN



UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
SEM 1 2014/2015

TAJUK TUGASAN:
PROGRAM LATIHAN ATLET DI UNIVERSITI

NAMA PENYELARAS:
MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN:
1)      SITI JAMILAH BINTI MD HANAFI (A143816)
2)      AUBREY MENDONG ANAK GRIFFIN (A143795)
3)      ONG JIN YIN (A143807)
4)      ALFATIHAH BINTI ADONIA (A143791)
5)      ZULKIFLI BIN BAHARUN (A143818)
6)      MUHAMMAD ZULFADLI BIN ROSLY (A143792)
7)      PUTRI PATMA SARI BINTI RIDWAN (A143814)


BAB
KANDUNGAN
MUKA SURAT
BAB 1
1.1
1.2
1.3
PENDAHULUAN
Latar Belakang
Pernyataan Masalah                                                        
Objektif Kajian

3-7
7-8
8-9
9
BAB 2

KAEDAH KAJIAN

10

BAB 3
3.1

DATA ANALISIS
Latar Belakang Responden


11

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Objektif 1: Jenis program latihan di universiti
Objektif 2: Kesan program latihan di universiti
Objektif 3: Cara-cara meningkatkan meningkatkan program latihan di universitI


12-13

14-15

16-17
BAB 5
PERBINCANGAN DAN SARANAN

18
BAB 6
KESIMPULAN

19
BAB 7
RUJUKAN

20










PROGRAM LATIHAN ATLET DI UNIVERSITI
BAB 1 PENDAHULUAN
Sukan di Malaysia kini sedang berkembang dengan pesat dan telah memasuki era baru di mana sukan kini menjadi sesuatu industri yang boleh menawarkan peluang kerjaya, perniagaan dan pengeluaran barangan untuk memenuhi keperluan semasa negara. Sukan boleh dibahagikan kepada dua iaitu sukan prestasi tinggi iaitu sukan untuk pertandingan dan kedua ialah sukan massa dan rekreasi yang hanya bertujuan untuk mengisi masa lapang dan riadah.
Perkembangan sukan prestasi tinggi di negara ini jelas dapat dilihat dari peningkatan beberapa-beberapa jenis sukan yang telah mula melangkah ke era profesional seperti bola sepak, badminton, tenis, golf, bola keranjang, snooker dan lain-lain. Selain daripada itu sukan yang melibatkan rekreasi juga kian berkembang di Malaysia sesuai dengan peredaran zaman. Hal ini adalah bagi memenuhi keperluan taraf hidup rakyat Malaysia yang kian meningkat. lni dapat dilihat di mana sukan mewah seperti jet ski, luncur air, skuba, equestrian, golf, kenderaan pacuan empat roda, mendaki dan aktiviti lain semakin berkembang dengan pesatnya.
Kerajaan telah membelanjakan hampir satu billion Ringgit Malaysia bagi meningkatkan infrastruktur sukan dan berjuta-juta Ringgit Malaysia lagi untuk persiapan atlet untuk sukan Komanwel1998 (New Strait Times -NST, 21112/95). Selain itu, usaha lain telah dicadangkan untuk membantu atlet negara, bukan hanya dari segi latihan dan kewangan tetapi juga dari segi masa hadapan dan kerjaya mereka. Hal lni dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan yang akan mengenalpasti universiti dan politeknik untuk memberi peluang atlet meneruskan pengajian tinggi mereka. Institusi ini akan menjadi pusat sukan bagi atlet menjalani latihan pusat dengan berterusan.  Latihan ini perlu berterusan secara saintifik dan professional temasuk aspek permakanan bagi rnenentukan atlet kuat dari segi fizikal (NST, 8/8/96).
Semasa berlangsungnya acara sukan, apa yang kita boleh perhatikan  ialah persembahan atlet yang rnelibatkan pergerakan tubuh badan. Sukan rnendapat turnpuan rnanusia oleh kerana sukan dilihat sebagai lanjutan naluri sernulajadi rnanusia seperti makan dan minum. Sukan Olirnpik pada awalnya dirnulakan dengan acara yang rnelibatkan kemahiran untuk hidup iaitu berlari, rnelontar lernbing, lontar peluru dan gusti. Wa1aubagairnanapun sukan-sukan lain diperluaskan dan rnencakupi segala kemarnpuan dan kernahiran tubuh badan (Cashmore, 1990).
Sukan rnerupakan aktiviti turnpuan tertua di dunia oleh kerana sukan itu rnernberi cabaran yakni usaha untuk rnengatasi rintangan sarna ada sernulajadi atau buatan yang rnernberi perasaan kejayaan atau kekecewaan. Sukan adalah suatu aktiviti yang unik dan dapat rnengagumkan penonton. Sukan rnemberikan pelepasan hiburan daripada kerja dan dalam masa yang sama mampu membantu pekerja menghindari tekanan sebelum meneruskan pekerjaan mereka. John Hargreaves ( Cashmore , 1 990) mengenalpasti aspek utama peranan sukan:
1.      Melatih tenaga kerja yang lemah ( docile) dengan melatih displin dan kerja kuat seperti diperlukan dalarn sukan;
2.      Menjadi suatu yang diperdagangkan dan dikuasai oleh kuasa pasaran pertandingan dan atlit dianggap sebagai barangan untuk mendapat keuntungan;
3.      Menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Kecemerlangan sukan di peringkat tertinggi kini lebih tertumpu dan bergantung kepada prinsip-prinsip dan faktor-faktor sains gunaan. Khidmat sokongan sains sukan dalam pelbagai bidang sains gunaan seperti pemakanan, fisiologi sukan, biomekanik, kaedah latihan, psikologi sukan dan perubatan sukan menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan kepada atlet dan jurulatih (Anuar Musa dalam Ba1bir Singh, 1994).
Sukan adalah ciptaan yang sempurna kerana sukan mempunyai cabaran, persaingan, dan kemuncak akhir iaitu menang, kalah dan seri. Setiap orang mempunyai kemampuan untuk melakukan aktiviti bersukan. Ada yang mempunyai kemampuan lebih daripada orang lain dari segi kecekapan mekanikal dan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan mungkin dipertingkatkan sehingga kecekapan mereka ini dilihat sebagai satu pemberian Tuhan (Cashmore, 1990).
Setiap orang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan aktiviti sukan. Walaubagaimanapun ada yang mempunyai kelebihan daripada segi kecekapan mekanikal dan kemahiran untuk melaksanakannya yang dilihat sebagai semulajadi. Kecekapan ini adalah hasil daripada pembelajaran lebih daripada kebolehan semulajadi. Atlet memerlukan pengetahuan dan juga kecekapan fizikal atau kemahiran untuk melaksanakan pergerakan dan tindakan yang diperlukan. Kemampuan untuk melaksanakan pergerakan ini melibatkan proses kompleks yang memakan masa panjang di mana mereka digalakkan, dipengaruhi atau pun dipaksa untuk mempelajarinya. Dalam proses ini atlit melalui perubahan fizikal dan mental serta belajar mengawal pergerakan tubuh badan dan kadangkala diselaraskan dengan alat sukan seperti reket dan bola tenis. Melalui proses ini kemahiran dan kemampuan untuk menghasilkan prestasi baik dalam sukan dipelajari.
Di dalam persediaan atlet untuk menghadapi sesuatu kejohanan, jurulatih harus memastikan dua objektif utama terlaksana iaitu penyempurnaan kemahiran dan strategi yang akan digunakan dalam permainan dan penyesuaian fizikal yang secukupnya untuk persembahan yang terbaik. Dalam hal ini penyesuaian fizikal itu amat penting kerana kekurangan kecergasan fizikal akan menyebabkan atlet-atlet mudah mendapat kecederaan dalam permainan. Untuk meningkatkan kemampuan atlet ke tahap kecergasan yang optima dan dapat menghindari kecederaan maka ia memerlukan masa dan persediaan yang rapi (Yusuf Ismail, 1988).
Harre (1982) mendefinisikan latihan sukan sebagai persiapan ahli sukan untuk persembahan peringkat tertinggi. Latihan adalah proses peningkatan kemampuan atlet yang dilaksanakan berasaskan prinsip-prinisp saintifik iaitu pembangunan fizikal, mental, teknikal dan taktikal atlet. Bidang sains kini mempunyai impak yang tinggi dalam latihan kejurulatihan dan pertandingan meliputi anatomi, fisiologi, biokimia, biomekanik, pertumbuhan dan pembangunan, statistik, ujian dan pengukuran, pembelajaran motor, psikologi, perubatan sukan, pemakanan, pedogogi, sosiologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (Woodman, 1993).
Teori periodasi atau penjadualan latihan (periodization of training) yang muncul dalam tahun 1950an menjadi tumpuan dan asas dalam program pembangunan atlet oleh jurulatih sehingga kini. Walaubagaimanapun terdapat pengkaji-pengkaji latihan sukan mendapati bahawa penulisan mengenai program latihan sukan berasaskan teori ini adalah dalam bentuk eksperimen atau ‘conjectural' dan tidak dibuktikan secara saintifik. Walau bagaimanapun buat masa ini teori ini menjadi rangka kerja dan panduan utama dalam pembangunan program latihan atlit sehingga wujud teori-teori yang lain (Woodman, 1993). Kejayaan model periodisasi ini berasaskan (1) kawalan ketat jadual latihan dan pectandingan, (2) komitmen jangka panjang secara sistematik kepada program latihan, dan (3) bimbingan jurulatih yang merancang program tersebut.
Frank, et al. (1986) telah mengemukakan tujuh (7) langkah struktur untuk jurulatih dalam menyediakan program latihan iaitu (1 ) analisis prestasi atlet; (2) menyenarai utamakan keperluan atlet berasaskan analisis; (3) menetapkan objektif; (4) merancang program latihan; (5 ) memasukan latihan bersesuaian dalam rancangan latihan; (6 ) melaksanakan sesi latihan; dan (7) menilai sesi latihan tersebut.

Fair (Woodman, 19 93) memberitahu bahawa proses kejurulatihan adalah sesuatu yang dinamik, tersusun, sistematik yang  melibatkan pengumpulan maklumat melalui pemerhatian, penilaian iaitu mengenalpasti masalah, penetapan matlamat yakni perancangan pelan tindakan, melatih yakni melaksanakan perancangan, dan penilaian di sepanjang proses tersebut. Proses ini adalah berasaskan saintifik dan bukan bergantung kepada citarasa jurulatih sahaja. Fair (Douge & Hastie, 1993) telah mengemukakan satu model proses kejurulatihan yang melibatkan lima (5 ) langkah yang perlu dilakukan oleh jurulatih dalam menyediakan program latihan mereka. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh jurulatih ialah (1) memerhati dan mengumpul maklumat releven (2) menganalisis maklumat tersebut, (3) menggunakan maklumat bagi membentuk matlamat dan perancangan, (4) melaksanakan perancangan, dan (5) menilai kesannya dan pengubahsuaian perancangan tersebut
(Rajah 1). Proses penilaian adalah berterusan di sepanjang proses tersebut.


Apabila melihat model dan proses melatih atlet yang diutarakan oleh Fair, Frank et.al. dan Lauder (Douge and Hostie, 1993) menegaskan bahawa ada persamaan dengan model-model program latihan sumber manusia yang umumnya iaitu pengenalpastian keperluan latihan, menetapkan objektif, membuat perancangan, melaksana dan seterusnya menilai program latihan tersebut. Dalam program latihan terdapat kumpulan sasaran yang menjadi tumpuan untuk dibangunkan. Bagi latihan atau kursus peserta kursus adalah kumpulan sasaran manakala dalam program latihan sukan kumpulan sasaran adalah atlet. Oleh itu atlet boleh dilihat sebagai sumber manusia yang ingin dibangunkan dalam sesebuah Negara.

1.1 Latar Belakang
Dalam pembangunan sumber manusia, Camp et aI., (1986) menyatakan bahawa melalui perancangan perubahan atau peningkatan prestasi akan melibatkan latihan aspek berikut iaitu (a) membentuk dan mendapatkan persetujuan matlamat dan objektif latihan, (b) mengenalpasti dan menilai berbagai pendekatan dalam mencapai objektif latihan, (c) memilih pendekatan dan membuat kerja-kerja awal yang diperlukan untuk kejayaan pendekatan itu. Ciri-ciri latihan yang berkesan ialah latihan pembelajaran pengalaman, aktiviti yang terancang, maklumbalas kepada pengenalpastian keperluan dan usaha-usaha untuk memajukan matlamat organisasi di samping peluang kepada individu untuk belajar, berkembang menyesuaikan diri. Buckley dan Caple (1991) pula, menyarankan dalam pendekatan sistematik latihan mempunyai empat aktiviti utama iaitu (1) meninjau siapa yang memerlukan latihan dan dalam aspek apa, (2) merekabentuk dan merancang latihan, (3) menjalankan latihan dan (4) menilai sejauhmana keberkesanan latihan itu.
Boyle (1981) melihat pembangunan program melibatkan beberapa siri tindakan dan keputusan oleh wakil orang terlibat dan pembuat program dalam mengenalpasti keperluan dan masalah, menetapkan keutamaan, mengenalpasti penyelesaian dan hasil yang sesuai, perancangan latihan, perancangan rekabentuk dan arahan, perlaksanaan, penilaian dan mengkomunikasikan nilai program kepada pembuat keputusan, kumpulan sasaran dan yang berminat. Mengikut Boone (1985) perancangan ialah aktiviti yang sengaja, rasional, urutan yang berterusan di mana perancang dan perlaksana memahami dan memberi komitmen kepada organisasi dari segi fungsi dan proses. Dalam perancangan, konsep dan andaian yang dipegang ialah berorentasikan masa hadapan, merancang ke arah proaktif dan bukan reaktif, meningkatkan kecekapan, pengumpulan dan analisis keperluan dan melihat kerjasama semua pihak terlibat.
Oleh yang demikian boleh dilihat bahawa terdapat persamaan proses perlaksanaan perancangan latihan atlet dalam sukan dan juga latihan pembangunan sumber manusia. Kedua-dua bidang ini mempunyai persamaan dalam merancang dan menyediakan program latihan dan seterusnya perlaksanaannya menekankan konsep dan prinsip perencanaan program digunakan tahap, pedaksanaan dan seterusnya penilaian program latihan.

1.2 Pernyataan Masalah
Usaha-usaha pembangunan program latihan atlet negara ini telah dijalankan di semua peringkat iaitu daripada persatuan sukan, sekolah, negeri dan negara sendiri. Dalam pembangunan program latihan atlet ini jurulatih memainkan peranan yang sangat penting dalam merancang, melaksana dan menilai untuk meningkatkan pencapaian prestasi atlet dan pasukan negara. Walau bagaimanapun usaha-usaha pembangunan atlet ini kini belum dapat menghasilkan atlet atau pasukan sukan yang dapat menyaingi pencapaian di peringkat antarabangsa.
Dalam sukan, jurulatih memainkan peranan penting. Tanggungjawab jurulatih ialah membantu atlet mencapai persembahan yang terbaik dalam pertandingan. Oleh itu tugas jurulatih meliputi tugas mengajar kemahiran asas, perancangan dan perlaksanaan program latihan jangka masa panjang, persiapan sebelum pertandingan, memberi nasihat teknikal dan taktikal di sepanjang pertandingan ataupun persembahan mereka. Oleh itu jurulatih perlu berkemampuan untuk melaksana, menilai dan mengubahsuai program latihan untuk pembangunan atlet dengan berkesan. Di peringkat remaja peranan jurulatih ialah menyediakan latihan dan persekitaran pertandingan bagi memastikan pembangunan atlet berterusan dan penguasaan kemahiran asas serta keseronokan dalam penyertaan. Di peringkat atlet elite, jurulatih bertanggungjawab dalam pembangunan bakat atlet untuk pertandingan di peringkat antarabangsa. Jurulatih dalam melaksanakan tugas mesti mempunyai kemampuan merancang program latihan yang khusus dan juga bersepadu; program pengecaman atlet dan pembangunan atlet, menganjurkan kern latihan, menyertai pertandingan, menggunakan sains sukan dan maklumat teknologi, komitmen kepimpinan dan pengurusan personal dan kemahiran berurusan dengan media (Woodman, 1993).
Dalam penyediaan program latihan, jurulatih perlu mengambil tindakan berikut iaitu (1) meneliti pretasi atlet; (2) membuat perbandingan prestasi sebenar dengan prestasi ideal; (3) menentukan sarna ada terdapat perbezaan prestasi yang signifikan atau tidak; (4) menentukan punca perbezaan tersebut; (5) menetapkan prioriti untuk menanggani masalah yang kritikal; (6) membuat cadangan membaikinya; (7) menangani masalah tersebut; dan (8) memastikan pemindahan kemahiran baru ke dalam situasi pertandingan (Lauder, 1993).
Di Malaysia belum ada kajian yang dilakukan berkaitan dengan perancangan program latihan atlet. Kebanyakan kajian tertumpu kepada keberkesanan sesuatu program latihan yang khusus sahaja. Davies (1991) telah berjaya dalam kajiannya membentuk program latihan peringkat pemain tenis kolej wanita di Amerika Syarikat melalui pendekatan perencanaan di mana beliau telah mendapatkan maklumat dan persetujuan daripada pemain, jurulatih dan juga pemerhatian bagi membentuk program latihan tersebut. Berasaskan maklumat ini beliau telah menetapkan objektif program latihan yang dibentuknya. Keberkesananya program tersebut adalah berasaskan pencapaian objektif iaitu dari segi peningkatan prestasi dan juga psikologi pemain terlibat.
Oleh yang demikian kajian ini mencari jawapan persoalan (I) sarna ada jurulatih mempunyai kaedah sistematik dalam perancangan program latihan mereka, (2) apakah proses yang diguna pakai dalam pembentukan program latihan, (3) sama ada wujudnya perbelanjaan dalam pembentukan program latihan bagi acara individu dan berpasukan berbeza, dan (4) bolehkah dibentuk dan dicadangkan satu model umum perancangan program latihan atlet berasaskan amalan dan persepsi kepentingan jurulatih ini.

1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti program latihan atlet yang diamalkan oleh jurulatih tempatan dalam pembangunan atlet-atlet mereka.
Objektif khusus kajian ini adalah:-
1.      Untuk mengenalpasti jenis program latihan atlet di universiti
2.      Untuk mengenalpasti kesan program latihan kepada atlet
3.      Untuk mengenalpasti cara-cara meningkatkan program latihan atlet di universiti

BAB 2 KAEDAH KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjaun. Kaedah tinjauan amat sesuai dalam kajian ini kerana dapat mentadbir soal selidik kepada seramai responden yang mungkin (Robert, Spink, & Pemberton, 1999) untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap keberkesanana program latihan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berasaskan perbezaan jantina dan sukan yang diceburi.
a)      Temubual
Menemu bual 2 orang atlet sukan fakulti Pendidikan kerana mereka merupakan atlet UKM yang banyak terlibat dengan program latihan atlet ini.
b)      Pemerhatian
Membuat pemerhatian di sekitar kawasan UKM terutama di dalam stor sukan dan tempat latihan seperti stadium, gimnasium, padang dan gelanggang.
c)      Soal selidik
Data-data dikumpul berdasarkan soal selidik yang telah diubah suai berdasarkan ‘Eysenck Personality Questionaires’ (EPQ). Keesahan dan kebolehpercayaan instrument telah diperolehi melalui ujian rintis dengan nilai alpha 0.86. Kami telah memberi soalan soal selidik kepada 30 orang atlet sukan yang mana mereka merupakan atlet UKM yang banyak terlibat dengan program latihan atlet.










BAB 3 DATA ANALISIS
3.1 Latar Belakang Responden
Dalam jadual 1 dibawah menunjukkan taburan responden mengikut jantina dan jadual 2 menunjukkan jenis sukan yang diceburi oleh responden. Responden lelaki diwakili oleh seramai 19 orang pelajar atau 63.33% daripada jumlah keseluruhan responden. Manakala responden perempuan pula diwakili oleh seramai 11 orang pelajar atau 36.67% daripada jumlah responden.

Jadual 1: Profil Responden Kajian Mengikut Jantina
JANTINA
BILANGAN
PERATUS (%)
LELAKI
19
63.33
PEREMPUAN
11
36.67
JUMLAH
30
100




Jadual 2: Profil Responden Kajian Mengikut Sukan yang Diceburi
SUKAN
BILANGAN
PERATUS (%)
Bola Tampar (P)
3
10.00
Futsal (P)
1
3.33



Olahraga (P)
5
16.67
Bola Jaring
1
3.33
Silat (P)
1
3.33
Bola Sepak
13
43.33
Kriket (L)
2
6.67
Bola Keranjang (L)
1
3.33
Badminton (L)
1
3.33
Bola Tampar (L)
2
6.67
JUMLAH
30
100
Bagi jenis sukan pula, bagi responden perempuan, kebanyakan mereka menceburi dalam bidang sukan olahraga iaitu seramai 45.45% daripada jumlah responden perempuan. Manakala bagi responden lelaki, kebanyakan mereka menceburi dalam bidang sukan bola sepak iaitu seramai 68.42% daripada jumlah responden lelaki.


BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Objektif 1: Jenis program latihan atlet di universiti


4.1.1 Pihak universiti perlu menyediakan program latihan khusus kepada para atlet.


KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
2
6.67
KURANG SETUJU
3
10.00
SETUJU
25
83.33

Peratusan yang paling tinggi adalah 83.33% yang mana mereka bersetuju bahawa pihak universiti perlu menyediakan program latihan khusus kepada para atlet. Peratusan yang paling rendah adalah 6.67% yang tidak bersetuju bahawa pihak universiti perlu menyediakan program latihan khusus kepada para atlet.





4.1.2 Atlet menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh universiti.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
1
3.33
KURANG SETUJU
2
6.67
SETUJU
27
90.00

Peratusan yang paling tinggi adalah 90.00% yang mana mereka  bersetuju bahawa atlet menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh universiti. Peratusan yang paling rendah adalah 3.33% yang mana mereka tidak setuju bahawa atlet menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh universiti.







4.1.3 Melalui latihan yang dijalankan, jurulatih menyimpan data dan merekod hasil latihan atlet bagi tujuan penambahbaikan dalam latihan.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
7
23.33
KURANG SETUJU
6
20.00
SETUJU
17
56.67

Peratusan yang paling tinggi adalah 56.67% yang mana mereka bersetuju bahawa melalui latihan yang dijalankan, jurulatih menyimpan data dan merekod hasil latihan atlet bagi tujuan penambahbaikan dalam latihan. Peratusan yang paling rendah adalah 20.00% yang kurang bersetuju bahawa melalui latihan yang dijalankan, jurulatih menyimpan data dan merekod hasil latihan atlet bagi tujuan penambahbaikan dalam latihan.







4.1.4 Latihan atlet di universiti hanya akan dilakukan apabila tempoh masa kejohanan semakin hampir.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
8
26.67
KURANG SETUJU
5
16.67
SETUJU
17
56.67

Peratusan yang paling tinggi adalah 56.67% yang mana mereka  bersetuju bahawa latihan atlet di universiti hanya akan dilakukan apabila tempoh masa kejohanan semakin hampir. Peratusan yang paling rendah adalah 16.67% yang kurang bersetuju bahawa latihan atlet di universiti hanya akan dilakukan apabila tempoh masa kejohanan semakin hampir.






4.1.5 Peralatan sukan di universiti anda lengkap dan memenuhi keperluan atlet.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
17
56.67
KURANG SETUJU
7
23.33
SETUJU
6
20.00

Peratusan yang paling tinggi adalah 56.67% yang mana mereka tidak bersetuju bahawa peralatan sukan di universiti adalah lengkap dan memenuhi keperluan atlet. Peratusan yang paling rendah adalah 20.00% yang bersetuju bahawa peralatan sukan di universiti anda lengkap dan memenuhi keperluan atlet.





4.2 Objektif 2: Kesan program latihan atlet di universiti


4.2.1 Program latihan atlet menggangu pembelajaran pelajar.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
5
16.67
KURANG SETUJU
18
60.00
SETUJU
7
23.33

Peratusan yang paling tinggi adalah 60.00% yang mana mereka kurang bersetuju bahawa program latihan atlet menggangu pembelajaran pelajar. Peratusan yang paling rendah adalah 16.67% yang tidak bersetuju bahawa program latihan atlet menggangu pembelajaran pelajar.








4.2.2 Atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang diberi keistimewaan daripada yang lain.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
4
13.33
KURANG SETUJU
12
40.00
SETUJU
14
46.67

Peratusan yang paling tinggi adalah 46.67% yang mana mereka bersetuju bahawa atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang diberi keistimewaan daripada yang lain. Peratusan yang paling rendah adalah 13.33% yang tidak bersetuju bahawa atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang diberi keistimewaan daripada yang lain.






4.2.3 Peluang untuk atlet mewakili universiti dibuka kepada semua pelajar.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
3
10.00
KURANG SETUJU
5
16.67
SETUJU
22
73.33

Peratusan yang paling tinggi adalah 73.33% yang mana mereka bersetuju bahawa peluang untuk atlet mewakili universiti dibuka kepada semua pelajar. Peratusan yang paling rendah adalah 10.00% yang tidak bersetuju bahawa peluang untuk atlet mewakili universiti dibuka kepada semua pelajar.







4.2.4 Akibat kekangan masa, latihan dan kejohanan yang atlet universiti sertai menyebabkan tempoh masa untuk atlet bergraduasi lebih lama.

KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
0
0
KURANG SETUJU
3
10.00
SETUJU
27
90.00


Peratusan yang paling tinggi adalah 90.00% yang mana mereka bersetuju bahawa akibat kekangan masa, latihan dan kejohanan yang atlet universiti sertai menyebabkan tempoh masa untuk atlet bergraduasi lebih lama. Tiada responden yang tidak setuju bahawa akibat kekangan masa, latihan dan kejohanan yang atlet universiti sertai menyebabkan tempoh masa untuk atlet bergraduasi lebih lama.






4.2.5 Tiada jurulatih yang profesional menyebabkan sukan tertentu gagal untuk dimajukan.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
2
6.67
KURANG SETUJU
4
13.33
SETUJU
24
80.00


Peratusan yang paling tinggi adalah 80% yang mana mereka setuju bahawa tiada jurulatih yang profesional menyebabkan sukan tertentu gagal untuk dimajukan. Peratusan yang paling rendah adalah 6.67% yang tidak bersetuju bahawa tiada jurulatih yang profesional menyebabkan sukan tertentu gagal untuk dimajukan.



4.3 Objektif 3: Cara-cara meningkatkan program latihan di universiti


4.3.1 Pihak universiti perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
0
0
KURANG SETUJU
0
0
SETUJU
30
100

Peratusan yang paling tinggi adalah 100% yang mana mereka bersetuju bahawa pihak universiti perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap. Hal ini kerana, dengan adanya peralatan sukan yang lengkap, para atlet akan lebih berusaha dengan gigih, bersemangat dan juga mampu mengekalkan kecergasan badan. Selain itu, para atlet juga mampu meningkatkan prestasi mereka dalam sukan.






4.3.2 Menghantar atlet untuk menyertai program mampu meningkatkan kemahiran dan prestasi atlet.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
0
0
KURANG SETUJU
0
0
SETUJU
30
100


Peratusan yang paling tinggi adalah 100% yang mana mereka bersetuju bahawa dengan menghantar atlet untuk menyertai program mampu meningkatkan kemahiran dan prestasi atlet.







4.3.3 Membuat satu unit yang menyimpan dan merekod serta memantau pencapaian atlet.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
0
0
KURANG SETUJU
0
0
SETUJU
30
100


Peratusan yang paling tinggi adalah 100% yang mana mereka bersetuju bahawa dpara jurulatih perlu membuat satu unit yang menyimpan dan merekod serta memantau pencapaian atlet.









4.3.4 Membuat pelbagai kejohanan di dalam Universiti untuk membiasakan atlet dengan suasana permainan.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
0
0
KURANG SETUJU
0
0
SETUJU
30
100

Peratusan yang paling tinggi adalah 100% yang mana mereka bersetuju bahawa pusat sukan perlu membuat pelbagai kejohanan di dalam Universiti untuk membiasakan atlet dengan suasana permainan.








4.3.5 Mencari atlet dalam universiti dengan melibatkan kesemua pelajar.
KATOGERI
BILANGAN
PERATUS (%)
TIDAK SETUJU
0
0
KURANG SETUJU
0
0
SETUJU
30
100

Peratusan yang paling tinggi adalah 100% yang mana mereka bersetuju bahawa pihak universiti atau jurulatih perlu mencari atlet yang baru untuk mengasah bakat mereka dalam universiti dengan melibatkan kesemua pelajar.






BAB 5 PERBINCANGAN DAN SARANAN
Kemerosotan sukan negara diakui melanda negara dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Walaupun satu ketika dahulu pencapaian sukan negara sentiasa digeruni selari keadaan ekonomi negara yang sentiasa menuju peningkatan, tetapi keadaannya tidak seperti dulu, buktinya dimana hillangnya dominasi pemain Badminton Malaysia untuk Piala Thomas, dimana jaguh Bolasepak Asia seperti lagenda Allahyarham Mokhtar Dahari, dan dimana sinaran emas Sukan SEA atau Asia bagi acara renang yang dikuasai oleh atlet Malaysia seperti Nurul Huda Abdullah dan Jefrie Ong.
Satu ketika dahulu Malaysia mendominasi sukan di Asia tetapi sekarang hanya dilihat sebagai pesaing yang tidak perlu di geruni. Status jaguh kampung juga sering didengar, ini boleh dibuktikan dikala Malaysia menjadi negara yang paling banyak mendapat pingat atau kemenangan ketika menjadi tuan rumah, tetapi hanyasebutir pingat yang diperolehi pada sukan Olimpik 2008, sedangkan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia masing - masing mempunyai catatan pingat dalam sejarah baru Olimpiknya ataupun melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pihak Universiti terutamanya jurulatih perlu mrenyediakan program latihan yang khusus kepada para atlet bagi membaiki dan meningkatkan prestasi dalam bidang mereka. Jurulatih mengambil peranan yang besar dalam hal ini kerana jurulatih yang baik dapat menghasilkan atlet yang baik. Sepanjang latihan yang telah dijalankan, jurulatih perlu merekod data dan hasil latihan atlet bagi tujuan untuk membaiki segala kekurangan dan juga mengubah cara latihan sekiranya latihan yang telah dibuat tidak mendapat hasil yang baik.
Selain itu, peralatan dan kemudahan sukan di Universiti juga mestilah lengkap dan memenuhi keperluan atlet. Dengan adanya peralatan dan kemudahan sukan yang lengkap ini, ia dapat membantu para atlet membuat latihan dan secara tidak langsung dapat menaikkan semangat mereka untuk terus membuat latihan. Para jurulatih juga perlu mempelbagaikan cara latihan agar para atlet tidak mudah bosan dengan cara latihan yang lama.




BAB 6 KESIMPULAN
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa program latihan atlet di Universiti Kebangsaan Malaysia berasaskan jantina dan jenis sukan yang diceburi adalah sama iaitu dalam dimensi maklum balas positif. Manakala yang kurang diminati oleh atlet adalah apabila peralatan dan kemudahan sukan tidak dapat disediakan dengan selengkapnya oleh pihak Universiti. Pihak Universiti perlu menyediakan jurulatih yang profesional bagi mengajar dan membimbing para atlet agar prestasi atlet semakin meningkat dan mutu sukan di UKM juga dapat dimajukan. Jurulatih perlu memahami kehendak dan keperluan atlet-atlet semasa membimbing dan melatih atlet. Penekanan jurulatih seharusnya dalam dimensi maklum balas positif dan perlu mengelakkan daripada mengamalkan kepimpinan autokratik.
Kesimpulannya, dalam meningkatkan mutu, kualiti dan prestasi atlet dalam sukan, program latihan sukan ini perlu dilakukan dan mengikut perancangan yang telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek. Dalam penyediaan program latihan, jurulatih perlu mengambil tindakan berikut iaitu meneliti pretasi atlet, membuat perbandingan prestasi sebenar dengan prestasi ideal dan menentukan sarna ada terdapat perbezaan prestasi yang signifikan atau tidak. Selain itu, jurulatih juga perlu menentukan punca perbezaan tersebut, menetapkan prioriti untuk menanggani masalah yang kritikal, membuat cadangan membaikinya, menangani masalah tersebut dan memastikan pemindahan kemahiran baru ke dalam situasi pertandingan.
Di dalam persediaan atlet untuk menghadapi sesuatu kejohanan, jurulatih harus memastikan dua objektif utama terlaksana iaitu penyempurnaan kemahiran dan strategi yang akan digunakan dalam permainan dan penyesuaian fizikal yang secukupnya untuk persembahan yang terbaik. Dalam hal ini penyesuaian fizikal itu amat penting kerana kekurangan kecergasan fizikal akan menyebabkan atlet-atlet mudah mendapat kecederaan dalam permainan. Untuk meningkatkan kemampuan atlet ke tahap kecergasan yang optima dan dapat menghindari kecederaan maka ia memerlukan masa dan persediaan yang rapi. Persediaan yang rapi inilah merangkumi pelbagai aspek seperti kemudahan peralatan sukan dan juga cara latihan yang telah digunapakai oleh jurulatih.



BAB 7 RUJUKAN

Ahmad Fikri Bin Mohd Kassim. 2008. Pengaruh Dan Motivasi Atlet Dalam Sukan                     Berprestasi Tinggi Kajian 01: Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara, Perlis.

Ahsan bin Ahmad .1999. Program Latihan Sukan: Amalan Jurulatih Tempatan: Universiti            Putra Malaysia.

Jabal, M. S. 2009. The Relationship Between Leadership Styles Of Coaches And Athletes’  Satisfaction In Golestan Province. The sports management master’ thesis: University of North.

Nazarudin, M. N. dan etc. 2009. Coaching leadership styles and athlete satisfaction among           Malaysian University basketball team: Research Journal of International Studies.

Shaharudin, A. A. 2004. Perkaitan Di Antara Orientasi Matlamat Dan Stail Kepimpinan   Dengan Pencapaian Atlet SUKMA Negeri Perak Di Kejohanan SUKMA 2004:  eWacanaPenyelidikan UPSI, 13.

Shaharudin, A. A. 2005. Perkaitan antara matlamat dan stail kepimpinan dengan  pencapaian atlet Sukma Negeri Perak Di Kejohanan Sukma 2004:     eWacanaPenyelidikan UPSI, 13.

Syed Kamaruzaman Syed Ali dan Shabeshan Rengasamy. 2013. Gaya Kepimpinan Jurulatih        Yang Diminati Atlet-Atlet Sekolah Menengah Di Malaysia Berasaskan Jantina Dan            Bangsa: Universiti of Malaya.